Friday, May 27, 2011

PAPA NAK KENA OPERATE….

Esok papa akan jalani operation buang tonsil @ nama omputehnya tonsillectomy …tapi sebenarnye dalam hati mama plak yang berdebar2…takut..seriau & ngeri…..tapi bile depan papa buat2 ok jea…konon2 cam terror jea….Sebelum ni papa memang selalu mengadu sakit tekak…pastu tu selalu sgt demam…ingat kan biasa2 jea, tapi mak ler yang perasan…mak kata “selalunyelah abg long ni demam”….entah2 kena cam dik da kot…Rupa2nya memang betul…2 minggu lepas 6 ari tersadai dok kat wad…demam panas effection dari tonsil yang dh bernanah. 
Dr nak tunggu sampai dia betul2 sihat baru boleh buat operation…coz kalau buat operation masa demam (virus still ader tu yang demam tu)…Dr takut virus tu masuk kat lung….. bahaya!!!!....
Selepas mengoogle kan diri, jadi pada hari ini jom kita belajar tentang radang tonsil.      
1.    Apa itu tonsil?
Tonsil merupakan kelenjar limpa yang terletak di bahagian tekak, ia berfungsi sebagai penuras kuman semasa pernafasan. Pendek kata, tonsil ni berkerja seperti askar untuk memerangi infeksi di tubuh. Jadi semua orang ada tonsil, samada bengkak @ tak jea. Jadi sesiapa yang tak ada tonsil tu mungkin dah kena buang tonsilnya (tonsillectomy).

2.    Tonsillitis tu, apa pula?
Tonsillitis ni merujuk kepada radang tonsil. Jadi selepas ini kalau anda sakit tekak dan doktor cakap tonsil anda membengkak, merah, itulah tonsillitis.

Kebanyakan radang tonsil berpunca daripada jangkitan virus. Hanya 15% sahaja daripada bakteria. Jadi, jika anda mengalami tonsillitis, tidak bermakna anda perlu mengambil antibiotik. Antibiotik hanya perlu diambil jika doktor merasakan ianya berpunca daripada bakteria. Jangkitan virus akan baik secara semulajadi. Selepas ni kalau doktor kata tak perlu makan antibiotik , jangan pandai-pandai mintak, tau....

3.    Simptom-simptom
Biasanya, pengidap tonsillitis mengalami demam dan sakit tekak.
Bagi kanak- kanak pula, mereka selalunya tidak sihat. Mereka akan mengalami :-


Demam

 Susah untuk menelan kerana sakit tekak

 Nafas berbau busuk.

 Bunyi suara yang ganjil

 Kebengkakan pada kelenjar tekak - Kelenjar tekak akan kelihatan besar, merah dan kebiasaan terdapat tompok - tompok putih di atasnya.
4.    Perawatan   
  • Paracetamol untuk mengurangkan demam dan sakit
  • Makan makanan yang sejuk, lembut dan minuman sejuk-makan aiskrim pun boleh...jom kite cari yang best2….baskin robbins & Haagen Dazs

  • Banyakkan minum agar badan tidak dehydrated
  • Elakkan makanan yang keras,rangup,berempah dan panas
  • Rehat
  • Antibiotik jika jangkitan berpunca dari bakteria. Bakteria yang dibimbangi menyerang kanak-kanak adalah daripada jenis streptoccocal kerana ia boleh membawa kepada komplikasi. Ideally, doctor should take a throat swab before starting the antibiotics. Tapi ini kurang praktikal, meningkatkan kos dan memakan masa. Jadi doktor akan mendiagnosis berdasarkan cerita pesakit(history) dan pemerisaan fizikal. InsyaAllah.
  • Lozenges/ Gargle
  • NSAIDS- Non Steroidal Anti-Inflammatory , seperti Ibuprofen juga berfungsi untuk mengurangkan sakit dan demam
  • Vaksinasi - Pneumococcal dan influenza, boleh mengurangkan risiko mendapat episod tonsillitis pada masa hadapan. Selain itu penting untuk mengurangkan risiko mendapat komplikasi penyakit jangkitan pneumoccocal seperti pneumonia, meningitis dan sepsis.

4. Bila perlu dibedah? 
Rujuk kepada Clinical Practise Guidelines 2003 daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Terdapat 2 indikasi utama iaitu:
1.    Tonsillitis yang berulang-ulang (Recurrent tonsillitis) atau
2.    Nanah di bahagian peritonsil (Peritonsillar abcess / Quinsy)

Note****          : Walaubagaimana pun, harus diingatkan, doktor yang bertanggungjawab menentukan pesakit perlu dibedah atau tidak ialah Pakar ENT. Jadi pastikan anda berbincang dengan Doktor Telinga, Hidung dan Tekak dahulu yer.....

1
. Kriteria bagi tonsil yang berulang-ulang
ü  Sakit tekak disebabkan radang tonsil. (Kalau setakat radang pharynx, (pharingitis) tak perlulah nak dibuang tonsil tu...)
ü  6 episod tonsillitis dalam tempoh 12 bulan ( lebih 6 kali setahun)
ü  simptom melebihi tempoh 12 bulan
ü  simptom mengganggu aktiviti harian pesakit.

2. Nanah di bahagian peritonsil (Peritonsillar abcess / Quinsy)
ü  Tiada tindak balas selepas menerima antibiotik atau selepas nanah dikeluarkan ( incision & drainage), so kena buat tonsillectomy… simptom melebihi tempoh 12 bulan
ü  Kali pertama bernanah dan pernah berulang kali mendapat tonsillitis…boleh tonsillectomy.

But, if kali pertama bernanah tapi sebelum ni tak pernah dapat tonsillitis maka  tak perlu tonsillectomy.
 sedapnye....
yang ni favorite mama...

Dalam pada tu boleh gak try petua orang-orang tua ni:
Berkumur-kumur dengan air garam bila awal-awal dapat sakit tekak. Heeee..heee…mungkin gak kan…bile kena garam…kuman2 tu pedih or mati…ni andaian or firasat mama aje ler…..

17/02/2011….Hari yang memboringkan….

Knape entah ari ni terasa boring yang teramat sgt…lansung takde mood…betul2 moody…..start bangun pagi lagi dh stresssss….mungkin kot coz setiap pagi & ari2 berperang ngan along angah suruh mandi & bersiap utk gi sek…..dh tu rutin yang sama plak setiap ari kelam kabut jea bersiap nak gi keja, siapkan sarapan yang tak seberape tu, packing brg2 utk nursery, antar anak gi nursery…..semuanye menuntut masa mama yang amat2 ler terhad ni….mane dok pikir LDP yang jem tahap gaban lagi tu…..sungguh pun, bile dh gerak gi opis….alahai jem truknya…..dh ler semlm pn sampai opis lambat…bile ari ni pn jem tak bergerak lagi…sure nye smpai opis lewat lagi….bile tengok jam dh kul 8.20am keta masih gerak cam semut kat Motorola bridge lagi…tak semena2 dada rasa sakit yang amat sgt….tak penah rasa stress smpai camni sekali……

Sampai jea opis, sorang member ni antar surat resign lah plak…jiwa kacau lagi….tibe2 rasa cam lonely sgt….mungkin sebab kat opis ni tak ramai staff melayu tu yang terasa sgt tu…terasa cam takde kwnlh plak…semakin ari terasa semakin sesak jiwa raga & terasa ketidak seronokan bekerja....….enviroment mempengaruhi segalanye…..sian kat diri sendiri.......

Walaupn jasad dan badan ku masih di opis….tapi hati dh kat umah….dengan segala 1 macam beban yang menanti !!!!!!…….

ALAHAI ANGAH…

Anak mama no2 ni selalu buat mama naik angin…tapi dlm2 naik angin tu, kadang2 ade gak gelagat dia yang buat mama tergelak sendiri….Bila mama complain & bising2…mesti papa backup…ala biasa lerrrr…anak no 2 kan ker special…..tension betul mama tau!!!!....
Angah ni memang cukup susah kalau nak suruh tido waktu siang, ader  jea alasan dia….and dia paling suka kalau mama, papa, along & adik tido…coz waktu tu ler selalunye dia akan buat operasi nakal dia yang macam-macam tu..…
1.   Abis alas meja mama kena gunting…bile tanye “ Sape buat ni…”  …perlahan2 jea dia angkat tangan…” angah…mama”….walaupn sebenarnya mama dh tau & boleh agak angkara sape punye kerja…..

2.   Abis dinding umah kena conteng…alasan dia nak bagi cantik…buat corak….yea ler tu….

3.   Paling mama hangin satu badan…..tabur beras dlm almari baju….bile kena marah dok senyap jea…sampai sudah mama tak tau reason dia….

4.   Klau eksperimen yang entah aper2 tu memang selalu ler dia org buat tapi ni kerjasama dgn si along lah plak …telur rendam dalam cuka.... kononnye nak tengok pecah ker tak bila lantun ke lantai…gara2 tgk tv ler ni.. Astro TVIQ channel, nak dimarah pun nak boleh...tak dimarah...abis telur mama jd bahan eksperimen.

5.   Tangkap semut ngan spider letak dlm balang…susun kat tangga byk2…konon nak bagi cantik….adddooiii…pening mama….

Lepas ni mama nak buat senarai ler aper angah punye peel…dh beso nanti biar dia tau kenakalan yang dia buat…kan angah kan….

LURUS VS KERINTING @ ORI BLOND

Anak gadis mama ader 2 version along ngan rambut lurus & angah ngan rambut curl nye…tapi la ni bila makin besar rambut angah dh tak cam dulu dh…mama miss lerr ngan rambut curly bersinar angah dulu tu….bg mama cantik sgt2….masa tu bile gi jln2 mesti ader jea yang akan menegur...…..
Tapi sian kat anak2 mama, bile balik kg rambut diaorg mesti penyek & bau semacam jea….gara-gara nenek lumur ngan minyak kelapa or minyak zam-zam…coz nenek kata boleh hitamkan rambut…..samalah mama masa kecik dulu pun cam tu gak…tapi tak gak hitam rambut mama ni kan….yang penting papa suka kan rambut kite yang blond ni….
Hee..heee…anak bujang mama pn tiru colour rambut along angah…tapi sebenarnya kalau anak lelaki mama lebih suka rambut hitam, ala2 papa kan…baru nmpk macho….
rambut angah yang kusut masai

lihatlah kami......

lurus vs kerinting

adik blond....papa hitam menawan

APA ADA PADA NAMA

Mama cam biasalah awal tahun ni memang mama stress time nak menulis nama pada buku-buku sekolah…smbil menulis mulut tu mengomel + bersungut…”eeeiii…penatlah mama nak menulis nama korang ni”…sian kat anak2 kan kena bebel…last2 si along kata sape suruh mama isi nama pjg2…mama gak yang salah yea…
Tapi tu ler nama panjang2 tu ler idaman mama…coz mama cukup suka ngan nama yang mula ngan huruf A, I & Q…so jdlah nama anak-anak mama ni;
1.    Si Along  =  Nurin Irdina Qamillia (kena slash ngan nenek masa nak gi register, reason nenek pjg sgt nama tu)
2.    Si Angah = Nurin Afrina Qaidah (heee….heee…yang ni nenek tak sempat nak slash…)
3.    Si Adik = Muhammad Aqif Qayyim
4.    ?????.....ade lagi ke pasni...heee…heee…dlm di lema LERRR PLAK…