Friday, May 27, 2011

PAPA NAK KENA OPERATE….

Esok papa akan jalani operation buang tonsil @ nama omputehnya tonsillectomy …tapi sebenarnye dalam hati mama plak yang berdebar2…takut..seriau & ngeri…..tapi bile depan papa buat2 ok jea…konon2 cam terror jea….Sebelum ni papa memang selalu mengadu sakit tekak…pastu tu selalu sgt demam…ingat kan biasa2 jea, tapi mak ler yang perasan…mak kata “selalunyelah abg long ni demam”….entah2 kena cam dik da kot…Rupa2nya memang betul…2 minggu lepas 6 ari tersadai dok kat wad…demam panas effection dari tonsil yang dh bernanah. 
Dr nak tunggu sampai dia betul2 sihat baru boleh buat operation…coz kalau buat operation masa demam (virus still ader tu yang demam tu)…Dr takut virus tu masuk kat lung….. bahaya!!!!....
Selepas mengoogle kan diri, jadi pada hari ini jom kita belajar tentang radang tonsil.      
1.    Apa itu tonsil?
Tonsil merupakan kelenjar limpa yang terletak di bahagian tekak, ia berfungsi sebagai penuras kuman semasa pernafasan. Pendek kata, tonsil ni berkerja seperti askar untuk memerangi infeksi di tubuh. Jadi semua orang ada tonsil, samada bengkak @ tak jea. Jadi sesiapa yang tak ada tonsil tu mungkin dah kena buang tonsilnya (tonsillectomy).

2.    Tonsillitis tu, apa pula?
Tonsillitis ni merujuk kepada radang tonsil. Jadi selepas ini kalau anda sakit tekak dan doktor cakap tonsil anda membengkak, merah, itulah tonsillitis.

Kebanyakan radang tonsil berpunca daripada jangkitan virus. Hanya 15% sahaja daripada bakteria. Jadi, jika anda mengalami tonsillitis, tidak bermakna anda perlu mengambil antibiotik. Antibiotik hanya perlu diambil jika doktor merasakan ianya berpunca daripada bakteria. Jangkitan virus akan baik secara semulajadi. Selepas ni kalau doktor kata tak perlu makan antibiotik , jangan pandai-pandai mintak, tau....

3.    Simptom-simptom
Biasanya, pengidap tonsillitis mengalami demam dan sakit tekak.
Bagi kanak- kanak pula, mereka selalunya tidak sihat. Mereka akan mengalami :-


Demam

 Susah untuk menelan kerana sakit tekak

 Nafas berbau busuk.

 Bunyi suara yang ganjil

 Kebengkakan pada kelenjar tekak - Kelenjar tekak akan kelihatan besar, merah dan kebiasaan terdapat tompok - tompok putih di atasnya.
4.    Perawatan   
  • Paracetamol untuk mengurangkan demam dan sakit
  • Makan makanan yang sejuk, lembut dan minuman sejuk-makan aiskrim pun boleh...jom kite cari yang best2….baskin robbins & Haagen Dazs

  • Banyakkan minum agar badan tidak dehydrated
  • Elakkan makanan yang keras,rangup,berempah dan panas
  • Rehat
  • Antibiotik jika jangkitan berpunca dari bakteria. Bakteria yang dibimbangi menyerang kanak-kanak adalah daripada jenis streptoccocal kerana ia boleh membawa kepada komplikasi. Ideally, doctor should take a throat swab before starting the antibiotics. Tapi ini kurang praktikal, meningkatkan kos dan memakan masa. Jadi doktor akan mendiagnosis berdasarkan cerita pesakit(history) dan pemerisaan fizikal. InsyaAllah.
  • Lozenges/ Gargle
  • NSAIDS- Non Steroidal Anti-Inflammatory , seperti Ibuprofen juga berfungsi untuk mengurangkan sakit dan demam
  • Vaksinasi - Pneumococcal dan influenza, boleh mengurangkan risiko mendapat episod tonsillitis pada masa hadapan. Selain itu penting untuk mengurangkan risiko mendapat komplikasi penyakit jangkitan pneumoccocal seperti pneumonia, meningitis dan sepsis.

4. Bila perlu dibedah? 
Rujuk kepada Clinical Practise Guidelines 2003 daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Terdapat 2 indikasi utama iaitu:
1.    Tonsillitis yang berulang-ulang (Recurrent tonsillitis) atau
2.    Nanah di bahagian peritonsil (Peritonsillar abcess / Quinsy)

Note****          : Walaubagaimana pun, harus diingatkan, doktor yang bertanggungjawab menentukan pesakit perlu dibedah atau tidak ialah Pakar ENT. Jadi pastikan anda berbincang dengan Doktor Telinga, Hidung dan Tekak dahulu yer.....

1
. Kriteria bagi tonsil yang berulang-ulang
ü  Sakit tekak disebabkan radang tonsil. (Kalau setakat radang pharynx, (pharingitis) tak perlulah nak dibuang tonsil tu...)
ü  6 episod tonsillitis dalam tempoh 12 bulan ( lebih 6 kali setahun)
ü  simptom melebihi tempoh 12 bulan
ü  simptom mengganggu aktiviti harian pesakit.

2. Nanah di bahagian peritonsil (Peritonsillar abcess / Quinsy)
ü  Tiada tindak balas selepas menerima antibiotik atau selepas nanah dikeluarkan ( incision & drainage), so kena buat tonsillectomy… simptom melebihi tempoh 12 bulan
ü  Kali pertama bernanah dan pernah berulang kali mendapat tonsillitis…boleh tonsillectomy.

But, if kali pertama bernanah tapi sebelum ni tak pernah dapat tonsillitis maka  tak perlu tonsillectomy.
 sedapnye....
yang ni favorite mama...

Dalam pada tu boleh gak try petua orang-orang tua ni:
Berkumur-kumur dengan air garam bila awal-awal dapat sakit tekak. Heeee..heee…mungkin gak kan…bile kena garam…kuman2 tu pedih or mati…ni andaian or firasat mama aje ler…..

1 comment: